Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Selasa, 29 Januari 2013

Fesyen bertudung yang agak ......hurmmm

 
Share pic dari FB PanduanIslam.Com

Zaman sekarang ni memang fesyen tengah berlambak-lambak dan ikut trend la kata orang..sinonim sangat dengan wanita..aku pun tak terkecuali la..ada yang baik dan ada yang kurang baik..tinggal kita je yang nak ikut ke taknak 'u follow i follow'..bagi yang muslimah pun tak kurang hebat baik dari segi berpakaian mahupun bertudung..

Tengok gambar fesyen kat atas dan meyrupai rambut..ni nak kata tutup aurat macam tak..nak kata dedah aurat tapi bertudung..renungkan dan nilaikan sendiri..

Alhamdulillah ramai yang berhijab sekarang terutamanya artis la (contoh ye,aku tak maksudkan sesiapa pun) tapi nawaitu sebenar berhijab tu hanya dia dengan yang kat atas je tahu...samada benar-benar nak berhijab atau sebab nak berfesyen..

Tudung sekarang pun lawo-lawo..grand gitew..harga pun mak aiii bukan main lagi mahalnya..boleh wat makan 3-4 hari ko...kain nipis je,leher pun nampak tapi harga boleh cecah RM100++..tu yang jenama suam-suam kuku kalau yang memang dah hot tu lagi la mahal..sehelai pun sampai RM 300++

Jubah sekarang pun dah aku tengok dah ikut bentuk badan..berjubah tapi sendat sana sini..sapa nak jawab tu??

P/S : Peringatan untuk diri sendiri..jangan terlalu berfesyen..kekeke


Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

2 ulasan:

MizzTina berkata...

bertudung, still nampak leher.. mcm tu gak bertudung, tp berlengan pendek.. sy pun xla sempurna mana, tp septtnya dh tau etika bertudung..

Zee Suhaini berkata...

yup..pesanan utk diri sendiri..