minggu lepas mood aku memang tak bagus langsung.. biasa la, tak selalunya kita ketawa, kekadang akan menangis jugak tapi semua tu dah berlalu.. skrg memang happy sangat so baik aku update aktiviti semalam with my luvly family..
since jumaat lagi hero-hero aku ajak berjalan.. nak ke IOI Mall puchong aku dah boring.. besar memang besar la tapi macam tak tahu hala tuju kat situ.. so semalam gi jenjalan IKEA sebab dah lama tak pergi.. niat asal nak cari bingkai gambar tapi tak jumpa yang berkenan.. tup tup terrr bekenan pulak ngan katil 2 tingkat tuk bebudak.. elok jugak untuk hero-hero aku ni lagipun dapat jimat ruang kat bilik dorang.. skrg bilik mmg pek giler plus aku letak katil queen size..
nampak cantik.. harga boleh tahan tapi sayang takde tangga la pulak.. takkan nak melompat naik..
haa yang ni okey sikit.. $$$ lebih la dari yang atas tadi..
aku bkn terus beli.. survey dulu pilih yang terbaik plus harga yang berpatutan la.. barang IKEA ni kadang bercinta gak nak beli.. tapi orang KL memang berduit.. sebabnya pergi la mana-mana mall atau shopping complex, mmg sentiasa penuh.. nak nak lagi kalau hari minggu..
alang-alang dah ada kat sini so lunch terus.. orang dok bercakap pasal 'meatball IKEA'.. sangat meletop ko.. hmmm tak boleh jadi ni, aku mesti cuba walaupun ada yang kata tak sedap mana pun.. long Q nak beli makan pun tapi saborr and akhirnya dapat.. yeayyy penuh troli aku isi makanan..
angah yang kelaparan..huhu.. tu la suh bekpes tadi tak nak..
along kalau dapat spagetti memang tak cukup satu.. makan mengalahkan ibu..
1st time makan meatball yang pemes ni.. rasa biasa je.. aku tak suka sebab bau daging yang kuat..
pernah dengar 'rupa tak seindah nama'? so itula rumusan aku.. selagi tak cuba kita tak tahu kan.. dah cuba baru puas hati.. dah merasa yang pastinya.. sedap tak sedap tu belakang kira.. Salmon tu rasa ok jugak, Chicken Wing mmg kegemaran ramai so takyah nak pertikai.. and cream caramel tu aku tak sempat nak rasa.. beli 2 je takut tak habis.. tapi dari gaya my hero makan macam sedap je.. and satu lagi tak sempat nak snap.. chicken spring roll (popia).. memang sedap pada tekak aku dan akan aku makan lagi kalau datang kesini..
korang pecinta meatball ikea ke?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan