Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Jumaat, 21 Mac 2014

Kronologi Nahas Pesawat Udara

As-Salam (^-^)

Lama amik masa nak publish ni... dah 14hari kehilangan MH370 dan semalam baru ada petunjuk walaupun belum yakin seratus peratus... for sure, ramai yang resah menunggu dan menunggu berita kan... lagi la pulak family penumpang and crew cabin yang terlibat... Insya'allah, moga sumer dipermudahkan dan berada dalam keadaan selamat..

.
.
.

Kronologi tragedi nahas udara yang melibatkan sekurang-kurangnya 200 nyawa dalam setiap kejadian.

3 Mac 1974
Seramai 346 terbunuh apabila pesawat Turkish Airlines DC-10 secara tiba2 mengalami tekanan udara sejurus berlepas dari Paris dan terhempas di Ermeonville, Perancis.

27 Mac 1977
Boeing 747 milik KLM Royal Dutch Airlines yang mahu berlepas merempuh pesawat Pan America World Airways Boeing 747 di landasan Lapangan Terbang Los Rodeos di Tenerife, Canary Islands. Seramai 574 orang dalam kedua-dua pesawat maut.

25 Mei 1979
Sayap kiri pesawat American Airlines DC-10 tercabut ketika mahu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa O'Hare Chicago menyebabkan 275 maut di atas pesawat dan 3 di luar pesawat.

28 November 1979
Seramai 275 terkorban apabila pesawat Air New Zealand DC-10 merempuh Gunung Erebus di Antartika. Nahas yang dipercayai berpunca daripada kesilapan navigasi.

12 Ogos 1985
Nahas dianggap terburuk dalam sejarah penerbangan komersial, 520 terbunuh apabila pesawat Boeing 747 Japan Airlines Flight 123 terhempas di pergunungan di tengah Jepun tidak lama selepas berlepas dari Tokyo.

26 Mei 1991
Kira-kira 12minit selepas berlepas, pesawat 004 Lauda Air terhenti di udara. Ia menyebabkan pesawat Boeing 767 terhempas di barat laut Bangkok, Thailand dan membunuh semua 223 penumpang dan anak kapal.

11 Julai 1991
Gear mendarat pesawat Nigeria Airways DC-8 disambar api tidak lama selepas berlepas dari Jeddah, Arab Saudi. Ia terhempas dengan muncungnya ke bawah pada jarak 10,000 kaki (3048 meter) dari landasan.
Semua 260 orang terbunuh.

26 April 1994
Pesawat Airbus A3000 penerbangan 140 China Airlines terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Nagoya, Jepun menyebabkan 264 terbunuh.

17 Julai 1996
Pesawat 800 TWA meletup di udara tidak lama selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York. Semua 230 penumpang dan anak kapal terkorban.

12 November 1996
Pesawat Boeing 747 Saudi Arabian Airlines dan Kazakhstan Airlines II-76 bertembung di Lapangan Terbang Antarabangsa New Delhi membunuh 349 orang dalam kedua-dua pesawat.

6 Ogos 1997
Pesawat 801 meninggalkan Seoul, Korea dan menghampiri destinasi di Guam apabila ia terhempas di hutan. Seramai 228 penumpang Boeing 747 itu terbunuh manakala 26 lagi selamat.

26 September 1997
Pesawat 152 Garuda Indonesia terhempas di Buah Nabar, Indonesia membunuh 234 orang. Hasil siasatan tiga tahun kemudian mendapati punca nahas adalah litar pintas di Airbus A300 mencetuskan wap dalam tangki minyak.

16 Februari 1998
Terbang dalam hujan dan kabus, kru pesawat 676 China Airlines dari Indonesia ke Taiwan terhempas ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Taipei selepas berpatah balik. Akibatnya 196 maut dalam kapal terbang dan 7 lagi di lokasi kejadian.

2 September 1998
Pesawat Swiss Air yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy, New York untuk ke Geneva, Switzerland terhempas di persisiran pantai Nova Scotia, Kanada. Semua 111 penumpang dan anak kapal pesawat terbunuh.

12 November 2001
Beberapa minggu selepas serangan pengganas 9/11, pesawat 587 America Airlines terhempas di Belle Harbor, Queens mengakibatkan 260 maut dalam pesawat manakala 5 lagi maut di lokasi kejadian.

25 Mei 2002
Selepas 20 minit berlepas, pesawat 611 China Airlines terhempas di Selat Taiwan menyebabkan 225 orang terkorban. Punca nahas adalah kerosakan besi dan rekahan pada Boeing 747 itu.

1 Jun 2009
Pesawat 447 Air France dalam perjalanan ke Rio de Janeiro dari Paris hilang di Lautan Atlantik. 5 hari kemudian, mayat pertama ditemui kira-kira 600 batu (kira-kira 965.6 km) dari utara pantai Brazil. 2 tahun kemudian, pihak berkuasa Perancis mengumumkan peralatan gagal berfungsi sebagai punca nahas.

 ~ Moga masih ada sinar dan harapan buat keluarga semua penumpang dan anak kapal yang terlibat dengan kehilangan pesawat MH370... selagi belum disahkan selagi itulah kita berdoa dan terus berdoa... Amin ~



Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

8 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

teruskan berdoa buat MH370... kita doakan yang terbaik dan nantikan berita yang selanjutnya dari pihak2 yang berkenaan dan sumber2 yang sahih yer...

Kisah Si Dairy berkata...

sejarah nahas pesawat udara,tapi amat terasa akan kehilangan pesawat MH370 ni

syawalsimpsons berkata...

moga semua selamat kan..banyak china airlines pulok bila baca kan

Masya berkata...

harap sgt ada kejaipan dan jwbpan yg tepat utk mh370 ni...

Sue-Rya Qistina berkata...

mudah-mudahan ada berita gembira tentang MH370..tadi masa perhimpunan, ada doakan utk mereka. terasa nak menangis pun ada. huhuhu
(zee, yg program kt putrajaya tu insyaAllah sue pergi. apa2hal nnt zee roger k)

♥ Cmª shIemª ♥ berkata...

salamk.zee..

allahu..
kepulangan mereka dinanti. semoga semuanya selamat..

dalila berkata...

Ya Allah..sedihnye bila kenangkan pesawat tu..moga Allah bg petunjuk kat mana ia skang..

Ibu Lala berkata...

Memang kesian sgt kat mangsa dan keluarga..apa apa pun masih mengharap keajaipan semoga mrk semuanya selamat.