Ikhlas Dari Hati...Permataku AmanahMu

Khamis, 21 Februari 2013

Kisah Tauladan Seorang Pelajar dan 50sen

Sekadar perkongsian bersama...

Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.

Kenapa alif tak rehat?

 Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu

Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang 50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar ertinya.

Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan...


Sumber : FB


Teringat pulak masa first day along masuk sekolah..time rehat memang aku kesana nak tengok keadaan kantin,bagi dia kenal nilai duit n check harga makanan kat kantin,so dapat bajet la berapa nak bagi duit belanja ke sekolah...

Air secawan pun RM1 dah sekarang ni..paling murah pun kuih seketul 40sen..at least kena bagi lebih dari RM1..then terpikir dizaman sekolah rendah dulu,abah bekal 30sen je sehari gi sekolah..memang ketara sangat perbezaan dulu ngan sekarang..

Wassalam..

Takkan baca jer kot ?? Cer Komen Sikit :))

4 ulasan:

ayut berkata...

Balas singgah ke sini....duit skrg gan dulu mmg jauh beza yer...

Nor Salmi berkata...

Kisah & teladan. Mengajar kita erti bersyukur.
Kunjungan balas ke sini..

QasehnyaRania berkata...

sebak je

jom join segmen nim, nak

http://lobaksusue.blogspot.com/2013/02/segmen-lagu-favourite-saya-by-leeyana.html

Noris Rish berkata...

xsemestinya yang senyum..gelak ktwa itu..dia happy..kekadang ada insan ini dia tak tunjuk pn akan masalah dia..huhu..sedih sgt crta kat ats tu..huhu