Sabtu, 16 Februari 2013

Cuti Hari Minggu | Pameran Khas Istana @ Muzium Diraja

Salam..

Sejak dua menjak ni asyik post entri diawal pagi jerkk..almaklum je lah kan..khamis lepas gi jenjalan muzium diraja tapi ngam ngam sampai kat parking je hujan turun ngan lebatnya..spoil aku punya plan..hahaha..terus blah je dari situ sebab dah pukul 3 petang..nak tunggu hujan henti memang tak la..buang masa aku je..

Semalam dapat la lunas balik janji ngan my hero..after pick up along and angah dari school je terus pecut ke muzium..hehe..nak kejar waktu sebab my hubby nak solat jumaat lak nanti..tau je la KL kalau tak 'jammed' memang tak sah laku..kekeke

Just dapat tengok je la istana agong sebab tak dibenarkan bergambar tapi korang boleh bergambar kat bilik pameran..at least dapat tahu camne life our agong..

 
posing dulu sebelum masuk..ngeh ngeh

 
ponat eh nak sampai atas nun

Buat pengetahuan uolls,Yang Di-Pertuan Agong sekarang sudah yang ke-14..akan memerintah selam 5 tahun sebelum bertukar kepada yang baru mengikut urutan negeri (maaf kalau aku silap ye)..jom semak sikit sejarah..

  1. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad (memerintah dari 31 ogos 1957 - 1 april 1960)
  2. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah (memerintah dari 14 april 1960 - 1 september 1960)
  3. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Syed Putra Alhaj ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail (memerintah dari 21 sept 1960 - 20 sept 1965)
  4. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin (memerintah dari 21 sept 1965 - 20 sept 1070)
  5. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (memerintah dari 21 sept 1970 - 20 sept 1975)
  6. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim (memerintah dari 21 sept 1975 - 29 mac 1979)
  7. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Haji Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah (memerintah dari 26 april 1979 - 25 april 1984)
  8. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (memerintah dari 26 april 1984 - 25 april 1989)
  9. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah (memerintah dari 26 april 1989 - 25 april 1994)
  10. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (memerintah dari 26 april 1994 - 25 april 1999)
  11. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj (memerintah dari 26 april 1999 - 21 nov 2001)
  12. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (memerintah dari 13 disember 2001 - 12 disember 2006)
  13. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (memerintah dari 13 disember 2006 - 12 disember 2011)
  14. Sei Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah (memerintah dari 13 disember 2011 sehingga kini)


 
Sebahagian dari koleksi Yang di-Pertuan Agong

We'olls pun join sekaki bergambar..sebagai kenangan..hehe..tiket masuk hanya RM 5 untuk dewasa dan RM 2 untuk kanak-kanak (umur 6 hingga 12 tahun) yang bawah 6 tahun free aje..Warga Emas ngan pelajar sekolah yang beruniform hanya RM 3..dibuka dari pukul 9 pagi hingga 5 petang..



 

Sejam jugak la we'olls kat sini..overall puas hati..tak leh dok lama-lama sini..tak sempat nak mengejar 2 lil hero's yang ligat ke sana-sini..plus nak kejar solat jumaat.. perut pun sama, dah nyanyi lagu keroncong..

Wassalam..bye..bye

1 ulasan:

AtieYusof berkata...

Bagus juga melawat Muzium ni... boleh kenal sejarah..hehe.. kat sini susah, takde muzium diraja..mmg tak pernah pergi lagi..hehe:)

Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...