Sabtu, 15 Jun 2013

Festival Floria Putrajaya 2013... apa yang menarik??

Salam (^-^)

Sapa pernah gi Festival Floria Putrajaya??
 best?? seronok?? gempak??
ekceli, aku sendiri pon belum pernah pergi sana... teringin jer nak pergi tapi asyik tak sempat memanjang... and last masa berlalu cam tu jer... ahhh rugi sangat rasanya...


So pada tahun ini, buat kali yang ke-6 nya , Festival Floria Putrajaya 2013 akan kembali dengan tema 'Bunga Orkid - Khazanah Tropika' dan akan berlangsung selama 9 hari bermula 22Jun - 30 Jun... bertempat di Persiaran Tasik Presint 2 , para pengunjung pasti terpesona dengan keunikan dan perbagai jenis bunga dan spesis tumbuhan..

Dianggarkan sebanyak 400,000 pokok bunga dan tumbuhan pelbagai spesis akan dipamerkan sempena festival ini termasuk 5000 spesis Orkid... juga 200 spesies, kultivar dan hybrid pokok bunga orkid, sebahagiannya yang jarang dapat dilihat..


Pastinya ramai peminat bunga diluar sana yang tidak akan melepaskan peluang ini kerana terdapat aktiviti jualan bunga segar, jualan pokok bunga, laman seni, perkhidmatan urutan, jualan cenderamata dan kraftangan... terdapat 50 ruang niaga yang disediakan kepada pengusaha dalam industri berkaitan untuk mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka..

Bukan takat tu jer tau, terdapat lebih 200 aktiviti akan diadakan sepanjang festival berlangsung... yang pastinya ramai pengunjung yang tak sabar termasuk aku ni haa... antara aktiviti tersebut ialah ceremah dan bengkel berkebun, demontrasi gubahan bunga, pertandingan fotografi, lukisan cat air, penghasilan kraftangan dan banyak lagi... nak tahu, kena la datang nanti yer... sambil bawak keluarga bersantai, dapat jugak pengalaman baru kan??

Pada malam kemuncak iaitu 30 Jun, terdapat perarakan bot berhias di sekitar Tasik Putrajaya... ini yang lebih membuatkan pengunjung teruja..

Pada kali ini, terdapat 23 peserta dari 18 buah negara seperti China, Filipina, Hong Kong, Chile, Afrika Selatan, Australia, Itali, Jepun, Myanmar, Korea, Kanada, Thailand, New Zealand, United Kingdom, Singapura, Taiwan, Vietnam dan juga tuan rumah Malaysia.

Oh ya, festival ini terbuka kepada orang awam di pelbagai peringkat umur dan masuk adalah PERCUMA... dibuka dari jam 9.00pagi hingga 10.00 malam (Isnin - Khamis) dan 9.00pagi hingga 12.00tgh malam (Jumaat - Ahad)... pada yang nak datang tapi malas nak bersesak kat jalan raya, susah nak cari parking, malas nak drive... boleh jer gunakan perkhidmatan awam yang disediakan seperti Bas dan Transit Train KLIA... so tak payah nak pening2 fikir lagi..

Dah jalan2 pusing2 kat festival ni sure perot pun akan lapar kan?? don't worry okey, terdapat bazar jualan makanan dan minuman juga..

Festival Floria Putrajaya 2013
Tempat : Persiaran Tasik, Presint 2
Tarikh : 22 Jun -  30 Jun 2013
Masa : 9.00pagi - 10.00 malam (Isnin - Khamis)
            9.00pagi - 12.00malam (Jumaat - Ahad)
Bayaran Masuk : Percuma

5 ulasan:

sitirohaida berkata...

bestnya dpat tengok bunga yang segar-segar..

Unknown berkata...

tak pernah pergi jugak.. hehehe.
malas nak bersesak sebenarnya.. hehehe

Unknown berkata...

tak pernah pegi pun...

Masya berkata...

wahh tahun tema bunga orkid eh, pernah pg.. tp x ingat tema apa masa tu.. haha.. nampak x betapa lamanya tak pg.... amir pun kecik lg setahun kot...

ucubakery berkata...

wahhhh tq..tq bagi tau...ni yg x sabar nk ke sana ni..
ucu minat jugak dgn orkid hidup..kt rmh ni ada orkid mati jer..

Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberišŸ˜Š.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...