Khamis, 21 Mac 2013

Cara Nak Daftar Fail Cukai dan submit E-Filling

Salam...(^-^)

hallu...semalam aku ada up entri pasal e-filling kan?.. hehe ekceli aku pon baru pestime submit tax.. before this bukan aku tak tahu pasal ni cuma aku pikir tak perlu kot.. gaji takde la tinggi mana.. tanya kengkawan seperjuangan, ada yang cakap kena submit.. ada yang cakap tak payah tapi ntah camaner aku rasa nak submit untuk tahun ni sebabnya aku diberitahu sekiranya kita submit tax, senang nanti kalo nak buat apa-apa pinjaman!.. tak tau la betul ke idak.. if korang gaji kecik pon tak salah kalo nak submit.. just for record saja, tak semestinya bila dah submit tu kena bayor tax..

lepas dah buat timbang tara, bos aku pon macam heran je bila aku cakap aku takde sub mit tax then aku decide, this year aku nak submit.. aku jugak yang senang di depan hari kan.. sekali bila submit, haaaaa amik kau.. kena tax rupenya aku😛..nasib tak banyak mana tapi duit jugak kan? itupon aku fill yang last year punya income je.. yang tahun-tahun sebelomnya aku takde la nak isi.. tak tau la dorang request ke tak lepas ni.. semoga takde la dorang mintak..

ramai pulak kengkawan yang tanya camner nak bukak file, camner nak buat e-filling dan macam-macam lagi.. aku pon takde la reti mana tapi boleh je kalo nak share ngan korang😉

meh sini, aku nak jadi tutor e-filling jap..

1st step korang kena register dulu untuk bukak fail cukai samada untuk individu ataupon syarikat.. ada dua pilihan.. boleh register dekat kaunter LHDN ataupon secara online..

untuk yang nak register kat kaunter, sila bawa bersama dokumen seperti IC, borang EA bagi tahun tersebut ataupon slip gaji terkini dan juga sijil kahwin (sekiranya dah kahwin)..


sekiranya korang nak register online, sila ke www.hasil.gov.my dan pilih samada individu atau syarikat.. pastu klik pada Pendaftaran Fail Syarikat.. bila dah masuk page ni, korang klik pada e-Daftar (so isi la maklumat korang kat situ dengan tepat ye)..
dah siap korang boleh email form yang korang isi tadi berserta dokumen yang diperlukan ke edaftar@hasil.gov.my dan tunggu la respon dari pihak LHDN samada permohonan korang diterima ataupon tidak.. DONE untuk step yang pertama..

2nd step, sekiranya korang berjaya dan dapat maklum balas beserta No.Rujukan Fail Cukai dari pihak LHDN dannnn korang rasa nak teruskan e-filling.. korang boleh mohon No Pin untuk e-filling (no.pin ni sekali pakai (first login sahaja).. boleh dapatkan samada melalui telefon, faks, surat atau terus ke kaunter LHDN yang terdekat.. aku by telefon je tapi serius aku cakap susah nak dapat talian.. disarankan korang telefon waktu pagi, seawal jam 8.00.. kalau bertuah dapat la.. time paling peak antara jam 9.00pagi hingga 4.30ptg (sabar bebanyak kalu kol time ni)

dah dapat no.pin, korang boleh ke https://e.hasil.gov.my/
pilih login kali pertama..masukkan no.pin e-filling korang, no.IC dan klik hantar.. pastu korang isilah maklumat korang dengan tepat (jangan salah tau).. sekiranya berjaya dan permohonan korang diterima, terus login e-borang..

kat sini korang pilih.. kalau korang submit untuk diri sendiri(individu) yang bekerja makan gaji, login kat e-BE dan sebaliknya kalau korang kerja sendiri, login e-B/e-BT.. apa-apapun jangan silap step ye.. tak susah mana pon..

bila dah siap isi e-borang, korang akan tahu samada korang dikenakan tax ataupon tidak.. SIAP! senang kan? jangan lupa simpan record tax korang sekurang-kurangnya 7 tahun.. segala resit-resit yang korang claim tax pon jangan lupa simpan.. incase pihak LHDN nak re-check balik, takde la korang terkulat-kulat mencari..

aku ade tips sikit, kalau boleh korang ASINGkanlah fail cukai dengan pasangan ye.. sebab jumlah pelepasan korang akan double (contoh kalau sorang 9k, 2 orang dapat 18k) tapi kalu korang combine fail sekali dengan hubby/wife, korang punya pelepasan kurang dari 18k.. rugi tu (aku pon dapat tips dari pegawai LHDN)..

faham ke tak ni ? kalau still tak faham refer la pada pihak berkenaan ye.. aku pon bukan expert sangat.. since member dah tanya so aku share je la apa yang aku tahu😊

Wassalam..

20 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

nice sharing pada mereka2 yang belum bukak file lagi ... heeee...

great piece of info kak! ^_^

suwara entertainment berkata...

thanks for sharing kak. kena follow step by step ni. hehehehe

suzana_castello berkata...

mmg skali pakai je ke pin no tu..klu kte log out then log in blik kne mnta no pin baru ke???

suzana_castello berkata...

mmg skali pakai je ke no pin tu....klu kte log out pastu log in blik kene mnta no pin baru ke????

zmarl (ibu) berkata...

untuk first time login ni memang sekali jer pakai no.tu..
dah login nanti dier akan mintak kita isi yang baru so yang memula tu dah tak guna..
dont worry, kalo tak sure boleh tanya LHDN direct..

suzana_castello berkata...

ooo...ble dh msuk die akn mnta kte wat password ek...

suzana_castello berkata...

oooo...lpas dh log on die akn suruh kte masuk password ek...

Unknown berkata...

Gaji kita nak masuk kat kolum mana?

Unknown berkata...

Gaji kita nak masuk kat kolum mana?

Unknown berkata...

masa isi borang online tu... no majikan nk letak apa? jumlah pendapatan tahunan nk letak apa?

Unknown berkata...

nk tanya

Unknown berkata...

yg tu boleh refer kat EA form.

Unknown berkata...

yg tu boleh refer pada EA form

MEYNA NORZLAN berkata...

kenapa lepas submit die cakap saya dah pernah daftar sebelum ni? padahal ni first time sy nak daftar :(

zmarl (ibu) berkata...

pasti ke ni first time daftar..sebab dorang trace IC no..
kalo tak boleh jugak cuba call pihak lhdn..dorang lebih arif..

khairul syahmi berkata...

tqvm

Unknown berkata...

macam mana untuk daftar tahun yang sama tapi ada dua company sebab dah resign and masuk company baru masa tengah tahun?saya baru isi untuk company baru..company lama macam mana?

zmarl (ibu) berkata...

Hi,
takpe walaupon dua company just dapatkan EA form dari company lama..
so income,epf kena total dedua sekali untuk tahun itu..

Unknown berkata...

terima kasih tuan/puan/cik yang sudi share ..sangat2 membantu

FARISH HAKIMI ABU BAKAR berkata...

Mudah faham, ringkas dan padat.
Sangat bermanafaat dan memudahkan rakan-rakan yang lain.
Semoga urusan anda dipermudahkan oleh Allah. Amiin.

Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...