Isnin, 25 Mac 2013

Terpengaruh Ajaran Sesat ' Potong Anu Bapa'

Kuala Terengganu : Dengan tujuan mengeluarkan ‘semangat Imam Nawawi’ seorang penyelia kilang yang dipercayai terpengaruh ajaran sesat bertindak memotong kemaluan bapanya sebelum memotong kemaluannya sendiri, di kediaman keluarga itu di FELDA Kerteh 6, Ketengah Jaya, Dungun, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4.15 pagi itu, suspek yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai penyelia kilang di Balakong, Selangor dikatakan memotong kemaluannya selepas melihat bapanya berusia 67 tahun yang juga bilal masjid berlumuran darah menahan kesakitan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek turut memperdaya abang iparnya berusia 46 tahun supaya turut memotong kemaluan bagi memenuhi ‘syarat’ ilmu berkenaan, tetapi lelaki itu melarikan diri.

“Suspek dipercayai terpengaruh dengan ajaran sesat dipelajari melalui laman web menyebabkan dia tergamak bertindak sedemikian,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di sini, semalam.

 
BAPA mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurutnya, sebelum kejadian, suspek ada menghantar SMS kepada seluruh ahli keluarganya supaya pulang berkumpul di rumah mereka terletak berhampiran masjid dengan alasan dunia akan kiamat pada hari Jumaat.

6 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

scary dan ngeri kan kak... hu hu hu... tak sanggup saya nak bayangkan... (eh, x der siapa suruh bayangkan pun kan?)...salam monday morning kak...

suwara entertainment berkata...

ini kerja giler! dah tersesat sgt dah ni

♥cikmOt♥ berkata...

aduyaii...yang p potong anu orang tu sekali wat pa...potong anu hang sudahlah...

dah tu nak kencing ikut mana plak???

iuzira berkata...

http://iu-hazirah.blogspot.com/2013/03/sila-jemput-lagi.html
salam perkenalan,done follow

syawalsimpsons berkata...

apo sengal ni kan...semalam tgk berita rasa ngeri je

Unknown berkata...

masyaallah! ngeri nya!

Si Bulus | Kiki, anak bongsu penghibur hati

bulus kesayangan, si Kikiyana Layola nama diberi😊.. kesayangan seisi rumah.. anak paling manja dan bongsu.. anak bulus ke2 kitorang bela.. ...