Jumaat, 12 April 2013

Teringin Fruit Salad kat Pizza Hut

Salam jumaat (^-^)

Asal ari jumaat je salam jumaat... apsal hari lain aku letak salam jew? ngeh ngeh... sendiri tanya nak kena sendiri jawab la gamaknya... satttt aku jawab dalam hati...

Mesti ramai yang tengah break time ni kan?? syok la korunk yang boleh break lama ari ni... aku jugak la yang dok mengadap pc sambung kerja... lunch break dah tamat dah... takde nak lebih-lebih masa haihh... 

Ari ni tetiba teringin nak makan fruit salad yang kat pizza hut tu... perghhh terbayang-bayang dah depan mata segala buah ngan kacang yang aku nak makan... sampai je situ kuciwa sebab apa yang aku nak takde dalam menu... entah la mmg dah lama takde atau kat situ je yang takde sebab aku dah lama tak gi pizza semata nak makan benda ni... yang ada vege salad tapi aku mana makan sayur mayur ni..

Dah masuk sini takkan aku nak keluar balik kan... pilih je la apa yang ade... makan sensorang sebab takde geng,iskkk terpaksa la wat selamba badak... nasib jugak lerrr orang tak ramai... ada masa aku okey makan sensorang, ada masa aku rasa malu sangat... hurmmm aku pon tak paham nape jadi gitu,bukannya orang dok perati aku pon... hikhik ngada je lebih... nak ajak mr.hubby ngan hero's aku memang tak boleh la ari ni... rushing kot nak solat jumaat then nak antar si along ke sekolah lagi...

Last-last aku order je personal set... boleh ler dari takde and pilihannya bukan pizza... sebab aku tau yang aku memang tak boleh perabih walaupon personal pizza (kononya la)...

 
Memula aku rasa aku mampu kot nak habiskan ni... spagetti tu cinonet je kalu bagi kat along... sepantas dan sekelip mata hero aku tu boleh habiskan tapi ibunya mampukah???

Jeng jeng jeng...

Walaupun orang tak ramai tapi lama gak la aku menunggu... dah dapat,terus makan ngan penuh sopan... cover lah katakan... dah sorang-sorang takkan la aku nak gelojoh walaupun aku sebenarnya rushing sebab masa lunch dah nak hampir ke penghujung... huhuhu... no hal,nanti aku drift 120km/j... no AES in this area okey..

 
Dan memang sah aku tak mampu nak habiskan spagetti tu... mmg tak leh nak telan lagi dah... bread stik pon memula aku dah surrender... tunggu jap 2 3 minit and habis jugak akhirnya..

Masa nak balik tu nampak plak budak-budak tadika ni... maybe lawatan sambil belajar kat KFC kot... byeee..

8 ulasan:

Farah Waheda Wahid berkata...

sedapnya...nasib x rasa lapar balik he he he...sebab baru lepas lunch...

Fiza Rahman berkata...

Sedapnya. Dah lama tak pekena pizza hut.

syawalsimpsons berkata...

sedapnyer...terliur la pulok

Nik berkata...

lama dah tak makan kat pizza hut ni. spagetti dia mmg byk. nik selalu makan mmg takkan abis punya la

Kakzakie Purvit berkata...

Kalau kakak licin kakak kerjakan speghetti tu.
Biasa salad ada kan mungkin kehabisanlah di tempat yg Zee pergi ni..

lynmunir berkata...

Adoiii...tengok gambar makanan lagi, ini yang buat perut jadi lapar semula petang ni.

Unknown berkata...

nampak sedap ler...

QA's ~ mamapapa berkata...

Planning nk pg pizza jgk hari ni:)

Cuti-cuti Terengganu | Pantai Sura, Dungun

#MashAllahTabarakAllah entry throwback.. 27.07.2024, gerak ke terengganu seawal pagi.. alasan utama nak berlibur dan jjcm dulu sebelum dafta...